FAQ

Teknik yang kami gunakan dinamakan Read Hero. Asas teknik ini adalah adaptasi dari teknik pembelajaran huruf Al-Quran, dimana setiap huruf vokal & konsonan akan diajar menggunakan arahan-arahan mudah posisi lidah & pembentukan mulut bagi menghasilkan bunyi setiap gabungan konsonan & vokal.

Berbeza dengan teknik phonik dimana pelajar perlu menghafal bunyi & bentuk semua gabungan sukukata. Dengan teknik Read Hero, pelajar tidak akan dibebankan dengan hafalan sukukata.

Disebabkan oleh kurang beban menghafal & mudahnya pengenalan arahan mengeluarkan bunyi melalui teknik Read Hero, pelajar akan menguasai bacaan dalam tempoh yang lebih singkat berbanding pelajar yang belajar teknik membaca secara mengeja (tradisional) atau teknik phonik.

Umur yang sesuai bermula dari 4 tahun & keatas.

Majoriti murid kami berumur 5-6 tahun.

1793 dari 2198 orang pelajar kami sekarang adalah berumur 5-6 tahun.

Murid sekolah yang sudah bersekolah tapi masih gagal membaca juga sesuai join kelas ini.

Kelas ini dibahagikan secara berkumpulan namun pengajaran dijalankan secara one-to-one.

Setiap kumpulan ada 6 pelajar yang akan belajar dengan seorang guru yang sama.

Setiap pelajar akan belajar dengan guru secara individual screen-time. Pelajar yang lain akan dikumpulkan dalam waiting room & diberikan aktiviti sendirian sementara menunggu giliran.

Selama 1 jam 30 minit itu, pelajar akan bergilir-gilir sesi one-to-one dengan guru.

Marginal Adjustment Theory.

Ada sebab mengapa kami tidak ajar anak murid dalam masa 30 minit sekaligus untuk setiap pelajar. Ini kerana had fokus & perhatian kanak-kanak 4 -12 tahun hanyalah lebih kurang 5 minit sahaja. Jadi menepati dengan prinsip marginal adjustment theory, setiap pelajar akan diajar lebih kurang 5 minit, kemudian dilepaskan untuk melakukan aktiviti lain seperti melukis & mewarna, kemudian apabila giliran nya sampai, dia akan diajar lagi 5 minit. Begitulah proses perjalanan kelas sepanjang 1 jam 30 minit.

Langkah ini perlu untuk kami memastikan pelajar menyerap & memahami lesson yang diajar. Tempoh masa aktiviti bersendirian tadi adalah salah satu cara kami mengukur kemampuan & memastikan lesson yang diajar tadi berjaya diserap & menjadi kefahaman pelajar tersebut.

Purata pelajar akan dapat menyerap 1-3 lesson setiap sesi kelas bergantung kepada daya ingatan & tahap fokus masing-masing.

Inilah SOP perjalanan kelas yang kami amalkan sejak tahun 1997 mengendalikan kelas belajar membaca di semua 13 cawangan kami, dan proses yang sama kami lakukan di dalam Kelas Membaca Online Read Hero.

Setiap kelas memakan masa 1 jam 30 minit. Pelajar dikehendaki bersedia di depan laptop atau handphone 10 minit sebelum sesi mengikut jadual pilihan bermula.

Semua tenaga pengajar kami adalah staf yang telah mengikuti kursus latihan khas teknik Read Hero.

Setiap guru yang diberikan pentauliahan mengajar telah terlebih dahulu melalui proses saringan tahap kualiti pengajaran sebelum dibenarkan mengajar.

Sistem kami menetapkan seorang guru pakar yang menjadi pemantau terhadap perjalanan sesi kelas & kualiti pengajaran semasa kelas berlangsung bagi memastikan guru mengikuti SOP pengajaran dan juga memastikan setiap sesi memberikan impak & kesan progress yang optimum terhadap prestasi pelajar.

Dengan sistem & pendekatan khas yang kami RnD selama 1 tahun sejak PKP 1.0, kami sangat yakin untuk mengatakan KELAS ONLINE JAUH LEBIH BERKESAN & MEMUDAHKAN BERBANDING KELAS FIZIKAL.

 

Quick Links

Privacy Policies

Terms Of Service

About Us

Contact Us

Read Heroes All Stars

Apply To Be A Teacher

 

 

Copyright © Read Hero™ 2022 by AM Eterna Sdn Bhd

.

Copyrights All Reserved © 2022 AM Eterna Sdn Bhd (1427621-V).