Pengenalan

Pada tahun 2017, satu senarai ” World’s Most Literate Nations” telah dilakukan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Central Connecticut State University.

Kajian dilakukan untuk mengetahui negara yang mempunyai budaya bacaan & kemahiran bacaan paling tinggi dalam kalangan rakyat di sesbuah negara. 

Malaysia jauh ketinggalan, kita hanya berada di tangga 53. 

Dari segi peratusan, hampir 24% populasi yang berumur dari 6 hingga 18 tahun di Malaysia menghadapi masalah buta huruf.

Melihat masalah buta huruf, tidak boleh membaca dan ketinggalan dalam pelajaran yang semakin serius di kalangan masyarakat sejak 20 tahun lalu,

Kami di Read Hero sangat komited & telah memulakan usaha menyusun & merangka program literasi (membaca) yang mampu memberikan impak yang tinggi.

Keberkesanan yang menyeluruh menjadi salah satu keutamaan kami dalam menyediakan teknik & modul belajar membaca untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun bagi memastikan kadar buta huruf di negara kita berjaya diturunkan jika tidak dapat dihapuskan.

Hampir 17,000 Pelajar Berjaya Dibantu.

Sejak tahun 1997, kami berjaya membantu hampir 17,000 pelajar berumur 4-12 tahun untuk lancar membaca tanpa mengeja dalam tempoh sepantas 3 bulan.
Pengalaman 23 tahun mengendalikan 8 cawangan kelas belajar membaca (fizikal) di sekitar Lembah Klang menjadikan kami pilihan utama bagi pelajar-pelajar yang lemah skil membaca.
Kini, kami menyediakan Kelas Membaca Online dibawah jenama ” READ HERO“.
Dengan teknik READ HERO yang diperkemas bagi meningkatkan pemahaman serta penerimaan pelajar.
Modul pengajaran secara online yang direka khas bagi memaksimakan tahap fokus serta penerimaan pelajar. Sistem pembelajaran yang kami amalkan juga bersesuaian dengan pembelajaran #Norma_Baharu.

Prestasi & keberkesanan kelas online kami tidak lagi diragui.

Buktinya, sejak kami mulakan pembelajaran secara online live class ini pada bulan Mac 2020 hingga kini (November 2020),

Kami berjaya bantu hampir 500 pelajar untuk lancar membaca dengan hanya belajar secara online sahaja.

Dibimbing oleh seramai 32 orang guru-guru yang pakar & terlatih,

KMO Read Hero terbukti berkesan & mampu membantu anda menyelesaikan masalah buta huruf anak anda di zaman pandemik Covid-19,

Dengan duduk rumah & belajar melalui laptop atau smartphone secara live sahaja tanpa perlu dedahkan anak-anak kepada risiko jangkitan wabak.

PRESTASI & PROGRESS ANAK ANDA,

DIJAMIN 100% SAMA MACAM KELAS FIZIKAL.


Anda boleh pastikan kemajuan pembelajaran anak anda walaupun di musim Covid-19.

Berikan sinar harapan & kunci ilmu, kerana mereka berhak untuk masa depan yang cerah.


#DUDUK_RUMAH
#KITA_JAGA_KITA
#KITA_BELUM_MENANG

 

Ingin Tahu Lebih Lanjut Tentang KMO Read Hero ,
atau daftarkan anak anda sekarang ?

Hak dagangan Kelas Membaca Online (KMO) Read Hero adalah dimiliki oleh AM Eterna Sdn Bhd (1427621-V) dibawah Akta Hak Cipta 1987.